Friday, 15 March 2013

Kelas Bina Website Bulan March 2013

Assalamualaikum. Kita mulakan dengan selawat dan salam ke atas junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W cahaya seluruh alam. Bagi yang bukan beragama islam kita ucapkan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih diatas kesudian tuan/puan untuk lihat entry Kelas Website ini. Semoga memberi serba sedikit pencerahan kepada kita yang masih baru belajar. takpe ...ilmu tu biar pun sedikit kalau kita kongsi pun banyak manfaatnya. Bukan lah untuk menunjuk pandai...kerana kata pepatah...jika kita sangka diri kita pandai, di luar sana ada lebih ramai lagi yg bijaksana... ok tanpa buang masa mari kita definisikan website ni..

JMR-TMN SERAI PERDANA, BAGAN SERAI

Saya takda dosa! Kata Najib!!!

Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya menolak pakatan pembangkang termasuk parti PAS di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana mereka telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini. Perdana Menteri menggariskan antaranya dosa parti PAS ialah membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan PAS sendiri. "Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP) merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat. "Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini," katanya pada Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 di sini, hari ini. Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin, Pengerusi MCA Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Pengerusi Parti Progresif Penduduk Kelantan Datuk Nik Sapeia Nik Yusof dan Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz. Kira-kira 50,000 rakyat hadir pada majlis tersebut. Menyentuh mengenai PAS mempermainkan matlamat perjuangannya, Najib berkata sebelum ini parti itu mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini tetapi demi politik dan takut kepada DAP, akhirnya mereka telah mengubah kepada dasar negara berkebajikan. Katanya jika dahulu PAS menghentam cara Barisan Nasional (BN) berkongsi kuasa dengan parti lain tetapi kini mereka juga mengambil langkah yang sama dengan DAP dan ia jelas membuktikan sikap sebuah parti yang berubah-ubah demi mahukan kuasa. Beliau berkata kehadiran besar rakyat Kelantan pada majlis itu membuktikan mereka telah bersedia pada bila-bila masa untuk menolak PAS pada pilihan raya umum kali ini. "Kita mahukan transformasi bukan reformasi. Transformasi mensejahterakan rakyat. Transformasi bawa rahmat pada rakyat," katanya. Perdana Menteri berkata cara bijaksana kerajaan mentadbir negara telah menjadikan negara ini makmur dan sebagai bukti ekonomi negara telah mencapai pertumbuhan kepada 6.4 peratus. "BN cukup cakna kepada masyarakat. Cukup sengoti buat bermacam-macam demi faedah rakyat dan oleh itu yakin dan percayalah apa yang kita buat ini adalah yang terbaik untuk mensejahterakan rakyat," katanya. Beliau berkata tidak seperti pembangkang yang berjanji dalam manifesto yang dianggap seperti penjual ubat tepi jalan. "Satu ubat semua boleh sembuh. Kita bukan mahu mengundi orang yang petah berkata-kata tetapi pilihan raya adalah untuk rakyat memilih kerajaan yang benar-benar boleh berjasa kepada negara. "Dan oleh itu yakinlah kepada BN," katanya. Najib berkata kehadirannya untuk merasmikan Majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat di Wakaf Mek Zainab, Kota Baharu, adalah mencerminkan ketelusannya kepada rakyat melalui slogan 'Janji Ditepati'. -Bernama

Sunday, 10 March 2013

HASSAN ALI: Bapa Saiful manusia yang bermasalah '

SHAH ALAM - Dakwaan Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari yang meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan anaknya dipergunakan untuk memfitnah Ketua Umum PKR itu tidak memeranjatkan bagi sesetengah pihak. Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, umum mengetahui Anwar sedang menghadapi beberapa masalah politik yang membelenggu pemikiran dan perjalanan hala tuju politiknya. Katanya, kenyataan bapa Saiful boleh dilihat sebagai usaha terdesak di peringkat akhir yang perlu dipergunakan peluang yang ada oleh Anwar dan konco-konconya untuk mengolah pandangan umum mengenai kegagalan Anwar memenuhi beberapa syarat menduduki kerusi perdana menteri. "Antara lain syarat itu ialah bersih daripada salah laku moral yang kemudiannya boleh dipalitkan kepada perdana menteri yang akan menjadi ketua eksekutif kepada sebuah negara yang 65 peratus penduduknya Islam. Corak penduduk sedemikian yang majoriti beragama Islam semestinya tidak akan berkompromi dalam persoalan moral melibatkan pimpinan negara apalagi yang dikaitkan dengan seorang perdana menteri," katanya, semalam. Hasan berkata, kegagalan Anwar memperoleh pengesahan daripada perwakilan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini menjadi tamparan yang sangat hebat dalam karier politiknya. Selain daripada itu katanya, Pas terus menerus mempertahankan keputusan parti itu untuk tidak menamakan Anwar sebagai perdana menteri telah betul-betul menusuk saraf politik impian perdana menteri pakatan itu. "Bapa Saiful Bukhari yang dikenali sebagai manusia yang menghadapi seribu satu masalah melibatkan diri dan keluarga adalah merupakan di antara jalan keluar yang paling mudah untuk dipergunakan oleh Anwar dan konco-konconya. Kenyataan pusingan “U” Azlan itu bagi sesetengah pihak seperti yang disebut, memang sudah dijangka," katanya. Namun begitu, katanya, keistiqamahan Saiful sendiri sebagai pihak yang terlibat dilihat sebagai akan menyukarkan laluan yang dijangkakan terbuka luas untuk dieksploitasi oleh Anwar dan konco-konco beliau. http://www.sinarharian.com.my/nasional/kenyataan-u-turn-azlan-tidak-memeranjatkan-kata-hasan-ali-1.138165

Thursday, 7 March 2013

Jangan Jadi Pencacai Umno


لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Assalamualaikum w.b.t


Salam Sejahtera , hari yang paling baik dalam islam iaitu hari Jumaat   25/Rabiulakhir/1434 AH bersamaan 8/3/2013 AD (Jumaat)  tertubuhnya blog ini untuk membawa perubahan kepada kesejahteraan rakyat Malaysia.